BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, March 26, 2010

keazaman dan kesungguhan serta doa tangga kejayaan.

hari ini, 26 mac 2010, hari jumaat merupakan satu hari yang bersejarah buat diri aku. pengalaman baru dalam mengadakan pementasan drama kanak-kanak membuatkan aku sungguh teruja..

jika sebelum ini, pernah terdetik di hati aku bahawa pementasan ini hanya membuang waktu dan menyusahkan, namun kini aku tahu ada hikmah dan kebaikannya dalam membuat pementasan drama.

selesai sudah pementasan drama pada petang tadi yang bermula pada pukul 2.30 ptg hingga 6.00 petang. unit aku telah mendapat tajuk drama "ayam" dan kami terpaksa mementaskannya kerna ia merupakan sebahagian daripada kerja kursus bahasa melayu akademik 1 kami.....

setelah bertungkus lumus sepanjang hari, (boleh dikatakan kan lah), kini tanggungjawab dan beban kami telah berkurangan. malahan kami berasa bangga dengan usaha kami kerna drama kami dinobatkan sebagai drama terbaik yang ketiga dan kami juga mendapat anugerah sinematografi terbaik.....Alhamdulillah..

sebenarnya ada kisah di sebalik drama ini,
kami dah banyak kali membuat latihan drama ini sehingga drama kami menjadi betol-betol mantop (bak kata ustaz zamri)....he...he..he...
namun, dugaan tetap ada....
terdapat sedikit masalah ketika kami membuat persembahan...terdapat sedikit masalah teknikal namun tidaklah serius....
tapi, aku dapat merasa kejanggalan kerana tiba-tiba sahaja kami diuji dengan masalah teknikal yang mana kami tidak menyangkakannya akan berlaku...namun, hasil kerjasam dan komitmen yang diberikan, kami dapat meng"cover' masalah yang timbul... buktinya kami mendapat dua anugerah iaitu tempat ketiga dan sinematografi terbaik....

so, aku nak ambil kesempatan, nak ucap thanks to all bcoz dah banyak bertungkus lumus untuk menjayakan drama ini. semoga usaha kita ini mendapat keredhaan dari ilahi... Amin...

0 comments: