BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, March 26, 2010

La Tahzan, Innallah ha ma'ana...........

mula-mula sekali, mari kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerna memberikan kita lebih banyak masa untuk hidup di dunia yang penuh dengan ujian ini... aku mulakan dengan satu mesej yang amat bermakna buat diri aku kerna ia merupakan mesej dari akak naqibah aku....


"semakin sayang ALLAH pada kita
semakin diuji iman kita kepadaNYA.
namun dirawatnya dgn sebaik2 penawar
iaitu ketenangan pada hati...
may ALLAH bless U,
salam sahabat..."

mesej ini amat bagus untuk mengubat hati yang lara akibat kesedihan yang kita alami yang mana disebabkan oleh ujian-ujian yang tidak-tidak putus menimpa diri.....La tahzan, Innalah ha ma'ana.... maksudnya, jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama-sama dengan kita.

sudah menjadi lumrah hidup bahawa kita akan diuji pada bila-bila masa sahaja....diri saya sendiri sentiasa diuji dengan dugaan yang tidak putus-putus. namun, Alhamdulillah, dengan berfikir secara positif, sometimes, aku dapat menyelesaikan masalah yang timbul..

aku sentiasa berpesan pada diri aku bahawa setiap ujian yang kita hadapi akan ada hikmahnya yang tersembunyi.... memang kadangkala hukmah itu tidak datang secara terus, namun kita kena ingat bahawa jika Allah tidak membalasnya di dunia, maka tunggu la ganjaran yang Alllah akan bagi di hari akhirat kelak.

dulu...
aku pernah menghadapi ujian yang sangat berat.
aku diuji keimanan aku....
ketika itu, iman aku menjadi goyah akibat kelekaan aku terhadap duniawi semata-mata,
namun, aku sangat gembira dan bersyukur pada Allah kerna DIA masih menyayangi aku dan memilih aku untuk terus menjadi hambaNYA yang bertaqwa dan beriman. insya Allah.....Amin..
walaupun perkara itu sudah lama berlaku, namun
pengalaman itu aku jadikan pedoman buat diri aku sehingga kini.
aku tidak mahu pisang berbuah dua kali....

bercakap mengenai ujian, aku teringat akan satu agi mesej yang dihantar oleh sahabat aku. sebenarnya, beliau menghantar mesej ini ketika aku dalam kekeliruan dan kesedihan serta kekecewaan. apabila aku mendapat mesej ini, aku berasa sangat happy kerna ada shbt yang mengambil berat ttg diri aku.. mesejnya berbunyi....

"sometimes, GOD break our spirit to gave our soul...
He break our heart to makes us whole...
He sends us pain so we can be stronger...
He sends us failure so we can be humble...
He sends us illness so we can take care of ourselves...
Sometimes, ALLAH takes everything away from us so we can learn
the VALUE of EVERYTHING he gave us...
Return to GOD and accept our fate bcoz
the best things might be what u have refused all along..."

akhir kata dari aku, janganlah mudah putus asa dalam menghadapi setiap ujian yang ALLAH bagi kepada kita. kadang-kadang kita tidak nampak dengan nyata hikmah yang diberi oleh ALLAH. dan kadang-kadang, hikmah yang diberiNYA lebih besar dari apa yang kita jangkakan. semoga kita sntiasa berusaha untuk tingkatkan keimanan kita.



0 comments: