BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 18, 2010

DENYUT KASIH MEDIK

Subhanallah,Alhamdulillah, Allahhuakhbar!
"Tujuh lautan sekalipun tak mampu menjadi inta untuk menulis pujian yang selayaknya bagi Allah SWT. Dialah sumber kekuatan, sumber pergantungan, sumber rezeki, sumber kecintaaan dan sumber perundangan. Hidup dan mati hanya untuk-Nya semata-mata. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, para sahabat dan pewaris perjuangan Baginda sepanjang zaman."

Hari nie aku dah khatam baca buku bertajuk DENYUT KASIH MEDIK hasil tulisan DR.FARHAN HADI yakni suami soleh kepada penulis yang aku minat FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN.
Aku memang fanatik giler r ngan dua orang nie coz banyak ilmu khususnya ilmu agama yang aku belajar dari diorang. Dari semua aspek kehidupan, dapat aku rasakan yang diorang hidup atas landasan dan cara hidup Islam. inilah yang aku cuba untuk ikuti..
Aku tau sebenarnya ada insan yang lebih layak untuk jadi ikutan umat Islam yakni Nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad SAW. Setiap masa aku cuba untuk mempraktikkan sedaya upaya sunnah Nabi yang diajar oleh Baginda dalam kehidupan kita. dan antara orang yang dapat aku lihat mereka mempraktikkannya dalam kehidupan diorang adalah Dr Farhan dan kak Fatimah Syarha. Aku menjadikan diorang sebagai pembakar semangat dan dorongan kepada aku supaya aku dapat mempraktikkan juga cara hidup Islam yang mereka aplikasikannya daripada kehidupan Rasullulah SAW. AMIN.......Doakan aku.....
berbalik kepada kisah yang sebenar,
aku dah habis baca buku hasil tulisan Dr Farhan Hadi. kalu nak tahu, aku tahu tentang buku nie masa aku nak balik dari melaka ke terengganu. masa tu, aku dan sahabat aku, mirah tentang round2 satu mc dan kitaorang singgah satu kedai buku. aku beli dua buku, majalah solusi dan buku surah2 amalan. masa aku tengah berlegar-legar tu, aku ternampak tuan kedai baca buku. then, aku pun gi tengok coz nak tau ye baca buku apa....
sekali tengok, aku terbaca yang penulisnya Dr Farhan Hadi..... aku berfikir, bukan ke dia nie suami kak fatimah syarha dan bukan ke dia ni seorang doktor? takkan dia jadi penulis gak macam isteri dye...
aku pun tumpang baca tanpa minta kebenaran...he..he..he..
bestnyer buku niee walaupun aku baca beberapa page je coz aku tahu banyak ilmu kata dalam tu...
sejak hari tu, aku tercari cari buku tu, kat mana nak cari nie...
sampailah aku tak ingat dah tentang buku niee..
nak dijadikan cerita, satu hari tiba-tiba je aku teringat kat buku tu,
pastu aku pun crita lah kat sahabat aku, mirah tentang buku nie, then ye pun bagitau yang sahabat aku, husna budak PAI ada buku tu,
aku pun apa lagi, hantar mesej kat dye nak pinjam......
then, gembiranya aku bila dia bagi aku pnjam...
Buku nie berkisarkan tentang misi seorang doktor muda dalam memperjuangkan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih....
bila aku tengah syok baca tu, aku rasa buku nie tentang diri dye sendiri lah...
nak-nak tentang bab isteri dye yang bernama Qaniah dalam buku tu.... cerita tentang isteri dye ni nampak macam ada kesamaan dalam buku yang dikarang oleh isteri dye yang bertajuk, PEMILIK CINTAKU SELEPAS ALLAH DAN RASUL...
memang syok giler r baca buku ni... banyak input yang aku dapat..
dan melalui buku ni gak, aku dapat menilai dan mengetahui perangai masyarakat kita skunk...
aku tidak habis fikir, kenapa masyarakat kita skunk tidak sedar-sedar lagi????
aku teringat kata akak senior aku,
" manusia ni sebenarnya nak lihat kebenaran kat depan mata diorang, barulah diorang akan sedar. contohnya, mereka nak lihat api neraka menjulang-julang depan mata diorang, barulah diorang tahu yang api nerka itu wujud dan nescaya pada masa tu gak diorang akan bertaubat ".
sambung agi tentang buku Dr Farhan Hadi...antara input yang aku dapat adalah...
1)kita perlu ada rasa tanggungjawab umtuk melakukan sesuatu untuk ummah
- dalam crita nie, dr muslih mempertikaikan penggunaan clexane kepada umat Islam (sejenis ubat yg mencairkan darah). ini kerna di dalamnya mengandungi protein khinzir. dia mempersoalkan tindakan sesetengah doktor islam yang tiada rasa tanggunjawab kerna selamba je menggunakan clexane untuk orang islam padahal ada ubat yang lain yang bebas dari unsur khinzir yang dapat digunkan untuk orang islam iaitu heparin.
2)kita blh solat jamak untuk keadaan sibuk yang menyebabkan tiada pilihan lain. contohnya pembedahan dan jam kat jalan raya.
3)kita kena sensitif dengan saudara kita.
- dalam crita nie, ada sedikit perselisihan pendapat antara dr muslih ngan kawannya dalam menentukan menu jamuan perpisahan. kawannya nak beli makanan segera can mc donalds dan kfc. tp, dr muslih tak setuju kerna barangan kfc adalah barangan yahudi dan sekutunya. kata dr muslih, kita beli produk mereka seolah-olah kita beri mereka peluru untuk tembak saudara kita sendiri di palestin. walaupun kita beli barangan mereka dlm amount yg sedikit dan itu tidak mmbantu mereka untuk membeli bom atom, tapi mungkin dapat beli sebutir peluru, dan sebutir peluru tu mungkin dah tembus kat kepala kanak-kanak palestin. dan jika semua org berfikir benda yg sama, x mustahil bom nuklear pun mereka boleh beli....
p/s:sama2 kita ambk iktibar. boikot lah mana-mana barang yang kita mampu untuk boikot....
4)fadilat membaca surah alkahfi pd hari jumaat...
Rasululah SAW bersabda yang bermaksud:" barang siapa yang membaca surah al kahfi (pada hari jumaat) beliau akan memperoleh cahaya daripada tempatnya hingga ke Makkah."
Daripada Abu Said al-Khudri, Rasululah SAW bersabda yang bermaksud, "sesiapa yang membaca surah al kahfi pada hari jumaat nescaya akan diterangkannya satu cahaya diantara dua jumaat."
Daripada Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:"sesiapa yang membaca surah al kahfi pada hari jumaat, nescaya akan dipancarkannya cahaya dari bawah kakinya hingga ke awan di langit yang memancarkan cahaya terang kepadanya pada hari kiamat dan diampunkan dan diampunkan dosanya di antara dua kali jumaat."

sahabat2, sampai di cni dulu yerk...
nanti kita sambung lagi...
semoga kita sentiasa berada dalam limpah rahmat dan mendapat syafat di hari akhirat kelak
assalamualaikum........

Friday, April 16, 2010

10 jawapan yang baik dari ulama' yang baik.



Bilamana sampai al-Imam Abu Hanifah bersama gurunya yang mulia al-Imam Hammad radhiyallahu anhuma di tempat perdebatan, seraya al-Imam Abu Hanifah berucap :

Tak selayaknya seorang ulama besar berdebat di dalam majlis sebegini, Cukuplah diserahkan kepada muridnya yang masih muda ini untuk berbincang-bincang dengan mereka-mereka ini

Semua yang ada di dalam majlis ketika itu terkejut dengan keberanian anak muda ini. Maka bermulalah perdebatan di antara mereka. Bilamana al-Imam Abu Hanifah duduk duduk pada tempat yang disediakan maka serentak dengan itu salah seorang Atheis terus mengajukan soalan :

Soalan Pertama
"Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?"


Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lalu menjawab :


Allah taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak

Soalan Kedua
“ Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?”

Al-Imam Abu Hanifah seraya menjawab :

Allah taala itu wujud sebelum adanya zaman, Sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya , mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya

Soalan Ketiga
“ Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?"

Al-Imam Abu Hanifah menjawab :

Kamu pandai mengira?

Kelompok Atheis itu menjawab :
“ Tentu sekali kami pandai mengira”

Al-Imam Abu Hanifah meneruskan ucapannya:

Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor Empat (4)?

Mereka menjawab : “ Nombor 3”
Al-Imam Hanifah : “ Nombor sebelum 3?”
Mereka menjawab : “Nombor 2”
Al-Imam Abu Hanifah : “Nombor sebelum 2?”
Mereka menjawab : “Nombor 1”
Al-Imam Abu Hanifah : “ Nombor sebelum 1?”
Mereka menjawab : “Tiada”

Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lalu memberikan penerangan :

Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sendiri sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada Nombor itu sendiri?
Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada al-Imam Hanifah. Ternyata mereka silap perkiraan bilamana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.

Persoalan diteruskan.

Soalan Keempat
“Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”

Al-Imam Abu Hanifah : Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?
Mereka menjawab : “ Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah”

Al-Imam Abu Hanifah menjawab :
Jika cahaya yang diciptakannya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik cahaya langit dan bumi ini sendiri?
Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada al-Imam Abu Hanifah bersorak kegembiraan . Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.

Soalan Kelima
“Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?"

Al-Imam sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh Sang Anak Muda.

Al-Imam Abu Hanifah menjawab : “Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”
Mereka menjawab : “ Tentu sekali”
Al-Imam meneruskan : “ Bilamana orang sakit tadi mati. Bolehkah kamu bercakap dengannya?”
Mereka menjawab : “ Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”
Al-Imam meneruskan : “ Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya , namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”
Mereka tertawa lalu memberikan jawapan: “ Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana ruhnya telah terpisah daripada jasadnya.”

Al-Imam Abu Hanifah tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata:

Baik, kamu mengatakan bahawa ruhnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang, bagaimanakah bentuk ruh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?
Tertunduk kesemua Atheis tersebut bilamana mendengar persoalan al-Imam Abu Hanifah tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali tertimpa ke atas mereka.

Mereka menjawab dengan keadaan penuh malu : “ Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya”

Al-Imam Abu Hanifah lalu meneruskan bicaranya:

Jika makhluknya seperti ruh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku. Bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Ruh serta sekalian alam ini?
Soalan Keenam
“ Dimanakah Tuhan kamu duduk sekarang?”

Al-Imam Abu Hanifah kembali bertanyakan soalan kepada mereka :
“ Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?"
Mereka menjawab : “ Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”

Al-Imam Abu Hanifah seraya berkata :
“ Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya , masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini”
Soalan Ketujuh
“ Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya ( iaitu selepas dihisab oleh Allah taala di padang Mahsyar) namun bilamana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya ( maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)??”

Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lagi lalu menjawab :
Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor . Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?
Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya.

Al-Imam tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan. Kemudian Beliau menyambung bicaranya :
Nah , kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu
Soalan Kelapan
“ Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal”

Al-Imam Abu Hanifah tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab :
Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?
Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini. Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh al-Imam Abu Hanifah dengan penuh berhikmah.

Baghdad kembali berseri selepas peristiwa tersebut. Anak muda itu semakin dikenali malah terus menerus namanya disebut orang sehinggalah ke hari ini. Walau sudah hampir ribuan tahun beliau meninggalkan kita. Namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita. Al-Fatihah buat al-Imam al-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit radhiyallahu anhu serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang amsih hidup atau yang telah wafat. Al-Fatihah.

Tamat

Soalan Kesembilan
Ada juga kisah yang saya dengar bahawa soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok tersebut kepada Sang Imam bilamana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan : “Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”

Maka al-Imam menjawab dengan tenang.
Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah.Jawapan hanya boleh diberikan bilamana aku berada di atas mengambil alih tempatmu
Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan al-Imam tersebut. Lalu mereka bertukar tempat. Al-Imam naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.

Bilamana al-Imam sudah berada di atas . Terus beliau menjawab :
Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan al-Imam ke atas ) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan Atheis tersebut ke bawah).

WASIAT TERAKHIR DI BUMI ARAFAH

Assalamualaikum pembuka bicara.......
masa aku nak balik terengganu ari tu, aku ada beli sebuah buku yang dsyorkan oleh akak senior iaitu majalah SOLUSI. aku sangat tertarik nagn majalah ni sebab banyak input yang aku dapat dan ni salah satu majalah islamik yang aku jumpa. masa tengah baca, aku terjumpa satu artikel tentrang wasiat terakhir olah Nabi kita iaitu Nabi Muhammad saw......

PESANAN : BACALAH KHUTBAH INI DENGAN TULUS HATI DAN KESUCIAN NURANI. BACALAH SEOLAH-OLAH INILAH KALI PERTAMA ANDA TEMUINYA. BACALAH DAN HAYATI DENGAN IMAN DAN BUKTINYA DENGAN HAKIKAT PELAKSANAAN .

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Wahai manusia, sila dengar apa yang bakal aku perkatakan ini. Aku tidak tahu apakah akan dapat lagi aku bersama kamu semua lagi selepas ini, di tempat ini, selepas tahun ini selamanya."
"Sesungguhnya darah kamu, harta benda kamu dan kehormatan dirimu telah terpelihara ( diharamkan untuk sesiapa pun daripada mengkhianatinya ) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini dan bandar ini ( Makkah dan sekitarnya ). "
"Sesiapa yang memegang amanah maka hendaklah dikembalikan amanah tersebut kepada tuannya. ingatlah segala amalan jahiliah telah berada di bawah tapak kakiku ( telah dihaluskan )."
"Tuntutan darah pada zaman jahiliyah ( sebelum Islam ) telah diampunkan. Tuntutan darah yang pertama telah aku batalkan ialah darah Ibn Rabi'ah bin al-Harith yang disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail."
"Riba adalah haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan semuanya secara keseluruhan."
"Wahai manusia! Takutilah Allah SWT dalam urusan berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimat Allah. Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk . Jika mereka melakukannya, maka kamu berhak untuk menghukum mereka, tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederekan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadap kamu, maka wajib bagi kamu menjaga makan dan paki mereka dengan baik."
"Semua orang Muslim adalah bersaudara . Oleh itu, tidak halal bagi seorang Muslim mengambil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya."
"Janganlah kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku dengan sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain . Aku telah tinggalkan kepada kamu satu panduan, jika kamu berpegang kepadanya dan ajarannya maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya. itulah kitab ALLAH dan sunah Nabi-Nya."
"Wahai manusia! Sesungguhnya tidak ada lagi nabi selepas aku dan tiada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah SWT, Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengeluarkan zakat hartamu dengan penuh kerelaan. Kerjakanlah jua haji ke Rumah Suci Tuhanmu ( Kaabah ) dan dengan itu, kamu bakal menghuni syurga Tuhanmu."
"Tuhan kamu adalah Esa. Datuk kamu pula satu. kamu semua berasal daripada Adam dan Adam berasal daripada tanah. Orang yang terbaik daripada kalangan kamu adalah mereka yang paling bertaqwa kepada Allah SWT. Tidak ada kelebihan bagi bangsa Arab atau bangsa lain kecuali dengan taqwa."
"Allah SWT telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati. Oleh itu tidak boleh membuat wasiat kepada ahli waris penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku sebagi bapa kepada bukan anaknya yang sebenar, juga akan menerima laknat daripada para malaikat dan seluruh manusia."
"Kemudian kamu bakal ditanya tentang diriku, maka apakah yang bakal kamu perkatakan?" Kami menjawab: "Kami bersaksi bahawasanya tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu."
"Lantas baginda SAW mengangkat tangannyabke langit seraya menurunkannya ke arah orang ramai lalu berkata sebanyak tiga kali ( yang bermaksud ) : Ya ALLAH! Saksikanlah."

AKHIR KATA, SEMOGA KITA DAPAT MEMAHAMI KHUTBAH TERAKHIR YANG DIBERIKAN OLEH BAGINDA KITA NABI MUHAMMAD SAW DAN DIHARAPKAN DIRI AKU KHUSUSNYA DAPAT MENGAMBILNYA SEBAGAI PEDOMAN HIDUP AKU DALAM MENGHARUNGI CABARAN HIDUP UNTUK MENUJU KE SYURGA YANG KEKAL ABADI AMIN....
SEMOGA KITA MENJADI UMATNYA YANG BERTAQWA DAN SOLEH.....(",)



Wednesday, April 7, 2010

KETIKA HATI BERBICARA......

Tanggal : 7 April 2010
Masa : 4.06 petang
Hari : Rabu

Hari ini, satu pertemuan telah diadakan dalam kelas untuk membincangkan segala permasalahan yang timbul di antara ahli kelas. ini merupakan satu tindakan yang sudah lama aku tunggu. dan aku rasa berbangga kerana inisiatif ini diambil untuk sama-sama duduk berbincang segala apa yang perlu dibincangkan.

Hari ini, aku telah belajar banyak benda daripada satu pertemuan yang telah diaturkan ini. Aku sedar bahawa manusia itu penuh dengan kesilapan. tiada manusia yang perfect di atas muka bumi ini dan kita sebenarnya saling melengkapi antara satu sama lain. jika kita rasa kita ada memebuat salah, kita harus cepat-cepat meminta maaf supaya kita tidak mengeruhkan lagi keadaan. selain itu, manusia ni perlu, harus, mesti @ wajib untuk refleks diri masing-masing. inilah point yang paling penting yang harus kita buat jika kita ditimpa satu -satu masalah ataupun kita mempunyai masalah. apabila kita membuat refleksi diri, kita harus mengubahnya ke arah yang lebih baik bukan ke arah yang lebih buruk lagi. jika kita mempunyai masalah dengan orang lain, kita harus bertemu face to face untuk berbincang dengan individu yang terlibat. salah faham harus diselesaikan dengan sebaik mungkin untuk mewujudkan ukhwah fillah abadan-abada.

setiap orang ada pendirian masing-masing. itu tidak dapat dinafikan kerana aku juga mempunyai pendirian aku yang tersendiri. jika adanya sesuatu yang bertentangan dengan prinsip atau pendirian aku, aku tidak akan mengambilnya sebagai ikutan. aku tidak mahu menggadai prinsip aku semata-mata mahu mengikut orang. namun, kadang kala, kita terpaksa membiarkan diri kita dimakan oleh prinsip kita sendiri. ini kerana kita adalah manusia yang lemah dan sifat ini tidak dapat kita singkirkan. ini kerana kita akan terpengaruh dengan keadaan di sekeliling kita. segala sifat mahmudah yang ada pada orang itu, akan aku jadikan panduan tambahan dalam hidup aku di samping mengekalkan prinsip yang ada. tetapi, segala sifat mazmumah yang ada pada orang tersebut, jangan kita ikutinya supaya kita tidak sama-sama terjebak dalam perkara mazmumah.

tapi, bagi aku, yang utama adalah hubungan kita dengan Allah. kita harus menjadikan DIA sebagai tempat pertama untuk kita meluahkan segalanya. segala pertolongan hanya padanya kita dapat meminta. yakinlah bahawa ALLAH akan bersama dengan orang yang sentiasa sayangkan NYA dan sentiasa mengamalkan amar maaruf nahi mungkar.......jika baik hubungan kita dengan ALLAH, InsyaALLAH akan baiklah segala apa yang ada pada kita samaada dari segi ilmu, harta, sifat dan lain-lain. tapi, jika sebaliknya, kita akan jauh dari nikmat dan hidayah Allah dan inilah yang menyebabkan kita tidak mudah menerima pendapat orang, kers kepala, mudah marah dan segala sifat mazmumah......