BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, May 1, 2010

Go...Go...Go... Siantan Go....


29 APRIL 2010
HARI OLAHRAGA SUKAN TAHUNAN IPG KPM


Alhamdulillah,tahun nie, rumah sukan aku yang menang, iaitu rumah kuning, Sri SIANTAN. Terima kasih kepada peserta-peserta ( pelari, pelompat, dan lain lain) walaupun aku tak sertai suka tersebut, tetapi aku tetap memberi semangat kat diorang semua.... lagipun hari tu aku sibuk ckit coz aku jadi urusetia bagi kejohanan sukan tahunan nie.. aku tak bekesempatan pun untuk duduk kat rumah aku dan beri sokongan namun begitu, dari jauh dari bagi sokongan kat diorang semua.. syabas dan tahniah kat semua peserta yang menang... yang kalah jangan bersedih hati... anggap saja bukan rezeki anda untuk tahun nie.. boleh cuba lagi untuk tahun-tahun seterusnya....

dalam kegembiraan ada kesedihannya....
tapi sedihnya aku tiada kaitan ngan hari sukan tetapi adalah something yang aku rasa sangat terkilan. aku tak habis fikir kenapa ianya harus berlaku? adakah ianya salah aku kerana aku membiarkannya berlaku? namun, aku rasa ianya tidak harus kesalahan ini dipertanggungjawabkan ke atas bahu aku semata mata kerana aku rasa sentiasa berusaha berfikir macammana untuk mengatasinya...
setelah sekian lama aku meendamnya dengan harapan ada perubahan yang berlaku, namun kini aku merasakan penungguan ku menjadi sia sia sahaja kerana aku tidak nampak perubahan yang positif malahan perubahan yang negatif pula semakin menonjolkan..
aku tidak harapkan ini berlaku...
aku tidak ingin semua ini berterusan..
aku merasakan aku sudah penat untuk memikirkannya..
namun begitu, aku harus memikirkannya kerana aku tidak ingin diriku dipersoalkan nanati...
lagipun aku merasakan iannya satu tanggungjawab besar yang telah diamanahkan kepada diriku...
oleh sebab itu, aku tidak boleh memandang perkara ini tanpa berbuat apa-apa...
aku sayang kepadanya...
aku rindu padanya...
aku terlalu mencintainya..
aku ingin agar kami sama-sama dapat menegakkan yang benar..
aku ingin agar kami sama-sama berjuang ke arah yang benar..
namun begitu, aku sedari bahawa aku lemah ya Allah..
aku tiada kekuatan untuk melakukan ini semua tanpa pertolongan Mu ya Allah... bantulah aku ya Allah dalam mengharungi cobaan ini ya Allah..
Kau beri lah petunjuk padaku ya Allah
bagaimana harus aku hadapi semua ini y Allah...
aku mengharapkan agar semuanya kembali pada keadaan yang asal ya Allah...

aku tahu ya Allah,
aku bukan hambaMu yang sempurna,
aku tidak layak untuk membuat penilaian,
aku tidak layakuntuk menghakimi,
tetapi aku cuba untuk jadi yang terbaik

Kau dengarkanlah rintihan aku ini ya Allah,
hanya pada Mu tempat aku bergantung,
dan hanya padaMu tempat aku meminta pertolongan,
semoga diriku sentiasa mendapat rahmat dan hidayat dariMu,
dan sentiasalah pelihara aku dari semua perkara yang melalaikan dan memesongkan akidahku...
Amin3x..................

0 comments: