BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, November 2, 2010


SAHABAT,RAKAN,TEMAN......Siapa mereka dalam hidup aku?????


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum WBT.....

Ya Allah, aku sangat bersyukur pada Mu kerana sampai saat ini aku masih merasakan nikmat Islam dan nikmat Iman Mu Ya Allah.....
baru kusedar betapa bersyukurnya aku dilahirkan sebagai Islam....
aku dapat merasa nikmatnya hidup bersyariat ya Allah....
aku dapat merasa bahawa Islam itu sebagai ad-din.......

dalam aku merasai semua nikmat yang Engkau berikan padaku.....
Engkau juga tidak lupa memberiku nikmat dengan menghadiahkan aku teman...

sejak aku kecil sehinggalah sekarang, teman inilah yang membantuku dan menemani hidupku...
aku tidak dapat menghadapi liku-liku hidup nie tanpa teman-teman ku ini....
aku tidak akan mampu untuk hidup tanpa mereka semua....
manusia itu tidak sempurna, maka mereka harus mencari teman untuk menyempurnakan hidup mereka....

itulah yang aku lakukan sekarang...
aku mencari-cari teman
untuk aku merasa nikmat hidupnya berukhwah.....
ketika aku mencari,,,,,
aku berjumpa dengan pelbagai jenis teman.....
sememangnya manusia itu tidak sama.,...
oleh sebab itu, teman-teman yang aku jumpe pun berbeza dari segala aspek....

ya ALLAH,,,,
mengapa kadang-kadang aku merasakan aku tidak mempunyai teman...
mengapa kadang-kadang aku merasakan aku disisihkan...
mengapa kadang-kadang aku merasakan jiwa aku kosong...
mengapa kadang-kadang aku merasakan aku keliru..
mengapa kadang-kadang aku rasa ingin menangis....

menangis kerana apa?????
menangis memikirkan sahabat2ku dan diriku....

ya ALLAH,,,,
mengapa kadang-kadang ada sifat cemburu dalam diri aku...
mengapa kadang-kadang ada sifat tak puas hati dalam diri aku...
mengapa kadang-kadang aku merasa...entahlah...susah nak huraikan...

aku tau bahawa setiap manusia ada masalahnya yang tersendiri....
kita tidak boleh memaksa orang lain untuk mengikuti jejak langkah kita...
kita tidak boleh meminta mereka untuk memenuhi kemahuan kita...
tapi, begitulah realiti yang terjadi....

ya ALLAH,,,,
aku dapat mengenali sahabat2ku ketika aku diberi peluang untuk mengenali mereka....
dari peluang itulah,,,,
aku mula menganalisis setiap daripada mereka...
aku mula mengenali hati budi mereka...
aku mula mengenali perangai mereka....

sesungguhnya banyak yang aku dapat pelajari daripada mereka,,,,
setiap buruk dan baik mereka membuatkan aku menjadikannya sebagai kayu ukur dan motivasi dalam hidup aku untuk terus membetulkan diri aku....

setiap kebaikan mereka aku hargai dan aku kagumi serta aku teladani dan....
setiap buruk mereka aku jadikan sebagai pengajaran dan motivasi untuk aku jadi lebih baik.....

aku teringat satu ketika,,,,
Baginda SAW pernah bersabda,

"barangsiapa yang membuat kebaikan dan mengajak orang lain membuat kebaikan, orang itu akan mendapat pahala sehingga hari kiamat bersama-sama dengan orang yang mengikutinya manakala barangsiapa yang membuat maksiat dan mengajak kepada kemaksiatan, maka orang itu akan mendapat dosa sehingga hari kiamat bersama-sama dengan orang yang mengikuti kemaksiatannya itu"

ya ALLAH,,,,
aku teringin menjadi golongan yang pertama....
aku teringin menjadi orang yang dapat menjadi ikutan pada teman-teman ku...
aku sangat berharap agar semua teman-temanku mendapat manfaat ketika bersahabat dengan mereka...
walaupun aku tidak dapat menyumbang harta benda kepada teman-temanku,,,, aku sangat berharap agar aku dapat memberi mereka sedikit ilmu ataupun ikutan yang baik....
aku tidak mahu menjadi ikutan yang tidak baik kepada mereka....
aku tidak mahu menjadi golongan yang kedua...
iaitu golongan yang hanya mendapat dosa sehingga hari kiamat...
aku tidak mahu itu.....

Ya ALLAH,,,,
kau bantulah aku...
semoga teman-temanku tidak mendapat sebarang kemudaratan kepada diri mereka seoanjang mereka bershbt dengan aku...
aku tidak akan mampu menanggung dosa yang sebegitu banyak jika ianya berlaku....

walaupun mereka kadang-kadang membuatku ketawa dan
kadang-kadang membuatku menangis....
aku tidak kisah walaupun....
aku selalu pendamkan segala apa yang mereka lakukan padaku...
segala apa yang mereka buat pada ku...
segala apa yang mereka lontarkan padaku....
aku redha ya Allah,,,,
aku cuma harap mereka mendapat manfaaat yang banyak melalui perhubungan mereka dengan diriku....

aku tidak nafikan bahawa aku mudah terasa hati.....
mudah tersentuh...
namun aku tidak dapat mengawal perasan aku ketika aku berada dalam keadan yang amarah....
namun, ianya tidak lama kerana aku akan sentiasa refleks diri........
aku akan rasa terkilan dan sangat bersalah dalam setiap perkara yang aku terlanjur membuatnya ketika aku berda dalam keadaan tidak stabil......
sesungguhnya itulah sifat aku yang aku tidak dapt mengawalnya....

namun, satu sifat aku iaitu sentiasa berfikiran positif itulah yang membuatkan aku terus dapat hidup dalam situasi berteman ini........

dan satu yang kkuminta dari Mu,,,,
peiharalah diriku
agar aku tidak mudah terpengaruh dengan anasir2 yang tidak baik yang datang dalam keadaan yang aku tidak sedar...
sentiasalah berikan kekuatan kepada diriku untuk terus mengingati ibu ayahku......





0 comments: