BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 24, 2011

KONSERT NOWSEEHEART : dekat di hati!!


MINGGU FESTIVAL PENGHAYATAN ISLAM IPG KPM
Tema : Islam Dekat di Hati

Sesi tandatangan oleh ahli kumpulan NOWSEEHEART
(I sedih coz muka I x nampak kat belakang tu...huhuhuhu)
persembahan nasyid oleh kumpulan NOWSEEHEART
Johan busana muslimah
Pemenang ke 2 Busana Muslimah

finalis Malam Busana Muslimah

Assalamualaikum......

aduh,,,sangat terasa penat......
setelah berhempas pulas meng" upgrade" kan blog nie,,,,,
akhirnya ini lah hasilnya....... ( blog yang x setanding ngan blog cg mierah...hikhikhik)

p/s :sori cg mierah,,,promote nama hang jap...(",)...


tapi bila duk buat tutorial blog ngan cg mierah nie disamping pelbagai masalah yang dihadapi....
tetibe terlintas kat kepala....

"apasal semua orang duk susah2 habiskan masa untuk buat blog ep???? erm,,,x pe la,,,,biarlah blog aku x lawa, asalkan aku dapat post something yang aku boleh share kat org. tapi,,,,kalu orang x nak baca sebab blog aku x lawa camne ep???? x pe laa,,,,,biarlah org lain x nak baca pun,,,,asalkan aku baca dan aku boleh tarbiah diri aku..... (macam la diri nie baik sangat)....papepun, segalanya bergantung pada NIAT kita...moga2 aku dapat kongsi ilmu ngan orang ataupun dapat share pengalaman....."

*erm,,,inilah yang terlintas kat kepala aku masa nie...


sebenarnya apa yang aku nak tulis tadi ep???
OIC,,,,,pasal konsert kumpulan nasyid NOWSEEHEART kan???

- excited nyer nak tulis.......hihihihihihihi

sejarah:
21 April 2011, IPG KPM: Satu konsert nasyid telah diadakan di Dewan Serikandi, IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka dan konsert nasyid yang dimaksudkan adalah konsert daripada kumpulan nasyid terkenal tanah air iaitu NOWSEEHEART...konsert berkenaan diadakan bersempena Majlis Penutupan Minggu Festival Penghayatan Islam yang telah diadakan selama seminggu di IPG KPM.

sepanjang seminggu pelaksanaan Minggu Festival Penghayatan Islam berlangsung, terdapat banyak aktiviti yang telah diadakan seperti Seminar Introspeksi Diri yang disampaikan oleh motivator muda terkenal negara iaitu UstazShaari Abdul Rahman, pertandingan Jalan Jalan Cari Hikmah, Aktiviti Senam Robik, Malam Anggun Busana Muslimah ( aku antara pesertanya) dan acara kemuncak iaitu konsert nasyid daripada kumpulan Nowseeheart...
dilaporkan oleh: cg jimie(2011)


untuk pengetahuan semua,,aku antara ahli jawatankuasa yang terlibat untuk progarm yang berlangsung sepanjang satu minggu...tapi aku hanyalah tenaga simpanan yang sama2 bekerja untuk memartabatkan budaya kehidupan islam sebenar serta tanggungjawab kita sebagai seorang hamba Allah yang bertaqwa......

terdapat banyak perkara dan accident yang berlaku sepanjang progaran ini dijalankan.......kekangan masa merupakan satu masalah besar buat semua secara amnya dan khususnya bagi aku...
secara kebetulan, terdapat UAK ( ujian akhir kursus) yag perlu ditempuhi oleh aku sepanjang minggu tersebut...namun dalam kekeluhan yang lemparkan,,,aku cuba positifkan diri sebab bukan aku sahaja yang menghadapi situasi ini....semua yang bekerja untuk minggu tersebut menghadapi masalah yang sama.......

erm,,,betul la kata WONDERPETS,,,,
apa yang penting????????????
jawapannya: COOPERATION.....

* pandainya kamu semua nie jawab....hahaha..confirm semua ni peminat wonderpet!!!

banyak perkara yang aku belajar dalam kesusahan yang aku alami sepanjang minggu tu ......

# yakin pada ALLAH bahawa DIA sentiasa bersama kita dan ingatlah ALLAH menolong orang yang menyumbang dan berjihad ke jalanNYA.....( yakinlah dan alamilah situasi nie.....insyaALLAH,,,,,,anda pasti merasai nikmatnya)

# jika kita mudahkan kerja orang,,,ALLAH akan permudahkan kerja kita (satu prinsip aku yang aku pegang sejak berkurun lamanya walapun baru hidup 21 tahun di muka bumi ALLAH niee....)

# sabarlah dan bertahanlah atas segala sesuatu masalah yang menimpa diri....( ingat bahwa ujian tu tarbiah untuk diri kita...jangan sesekali tumbang ketika tarbiah diir itu semakin berputik )

dan banyak lagi perkara yang aku pelajari.....

satu lagi adalah......ingat kata - kata nie....( aku dah lupa kat mana aku terjumpa kata2)

" setiap detik masa nafas yang kita hela itu terkandung takdir didalamnya"

jadi,,yakinlah setiap sesuatu yang berlaku iu adalah takdir dari ALLAH....tapi ingat,,,,jangan sesekali berserah pada takdir atas sesuatu yang belum kita usahakan........

aku bukannya seorang yang pandai menulis atau mengarang ayat
tapi
aku berusaha untuk menterjemahkan apa yang aku alami dan rasai
namun
percayailah jika kamu semua merasai sendiri pengalaman dan setiap perit yang aku lalui dalam hidup sehingga aku seringkali mengeluh dalam hidup
(Astargfirullahhalazimm...ampunilah aku Ya Allah atas tindakan ku yang tidak kusedari ini)

nescaya,,,kamu pasti percaya akan nikmat dan hikmahnya sesuatu ujian yang melanda diri kamu.....





0 comments: