BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, April 26, 2011

RINDU....SERINDU RINDUNYA....(",)


MOOD : RINDU & KANGEN

Assalamualaikum w.b.t

pada saat ini, aku sangat merindui mereka
yang berjauhan dengan aku
iaitu
ibubapa yg amat ku cintai,
abang yang sangat ku segani,
akak yang sangat aku rindui,
adik2 yang aku sayangi
dan yang paling best
anak - anak buah aku yang cute dan comel semuanya...
( nak rindu kat anak sendiri, x kahwin ag....hehehe )

kat bawah nie antara insan2 yg aku sayangi dan rindui....

x semua yg dpt aku uploadkan gambar tapi x bermakna aku x sayang mereka bahkan berkali lipat ganda aku sayang mereka...(",)......

muah3x....

nie anak sedara aku yang sulung : NUR AMIERA WARDAH
perangai : sangat manja sebab statusnya sebagai anak sulung....tapi aku still sayang sesangat kat dia.....yang paling aku suka bulu matanya yang panjang melentik macam abahnya...buat aku jeles je.......huhuhu

nie anak sedaraaku yang ke3 : MUHAMMAD AKIEF FARHAN
perangai : seorang kanak2 yang cute dan aktif sesangat.....sangat cute dan juga semakin temban dan montel dia.....rindu nak cubit2 pipinyer...hehehehe

anak sedara ke 2 : MOHD ZULFAHMIE...
perangai : sangat pemalu dan penakut ngan orang dan sifat itulah yang buat aku sayang sesangat kat dia....


ni akak aku yang jadi nurse...... umi kepada amiera dan akief...

ni bakal akak ipar aku yang hanya berbeza 1 tahun dengan aku!!!!
kak hanis namanya....rindu kat dia dan x sabar nak jadikan dia sebagai sebahagian dr famili aku

ni akak aku yang banyak tolong aku...tq

ni abang aku (",) yang sangat2 aku segani peribadinya!
ni la abang aku yang bakal kahwin dengan kak hanis...

EHEM...EHEM...EHEM..

ketika saat ini,baru aku mengerti erti kerinduan yang sebenarnya...
namun dewasa ini, ramai yang menyalahgunakan perasaan rindu ini...

nauzubillahi min zalik...
pada zaman skunk, ramai yang meluahkan rindu mereka pada insan yang x sepatutnya....
mereka meluahkan rindu mereka kepada....

kekasih mereka BERBANDING ibu bapa dan famili mereka...

buktinya apa yer???

cuba check dan kira brape banyak kredit sepuluh hinggit yang kita toput tu kita gunakan untuk tepon ibubapa or famili kita????

brape???

tepuk dada tanya iman yer.....

kalu x percaya, ACU CUBA TRY TEST tengok kat sekeliling kita....

confirm kat ceruk mana sekalipun kita dapat lihat insan2 yg sedang melempiaskan rindu mereka kepada insan yang mereka "sanjungi"......

kekadang berbulu mata nie tengok aksi gedik yang diorang buat....

masyaALLAH,,,semoga kita semua dijauhkan daripada perkara ini.....yang penting kena jaga iman kita...(",)

kekadang pelik juga kenapa seorang perempuan nie boleh menjalinkan hubungan iaitu berCOUPLE dengan lelaki dalam masa yang singkat sahaja.......

mereka mudah sangat menjalinkan " silaturrahim COUPLE"tu dengan sewenang wenangnya....

ini tidak lain tidak bukan sebab mereka seronok dan terpengaruh dengan hasutan orang yang "ketiga" ...........

x dinafikan bahawa hubungan diantara insan yang berlainan jantina itu membawa kepada keseronokan tetapi

INGAT!!!!

bahawa ianya akan membawa kepada KEMUNGKARAN dan KEMUDHARATAN dalam hidup kita kerana

kita sedang berada dalam KEMURKAAN ALLAH SWT....

jika kita berkawan sekalipun,,,jagalah batasan kita dengan orang yang bukan mahram dengan kita....
memang amat sukar sekali untuk tidak berinteraksi dengan orang bukan mahram kerana itulah realiti hidup kita pada masa sekarang....

jadi ingatan untuk diri sendiri dan juga sahabat2 sekalian,,,jauhilah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang membawa kepada hubungan yang mendatangkan kemaksiatan kepada ALLAH....

erm,,meh aku nak kongsi apa yang aku dapat masa kuliah
Ustazah Salbiah (penceramah tetap kat maktab aku dan jugak biasa menjadi tetamu undangan dalam forum perdana hal ehwal islam)masa Kuliah Maghrib : Bicara Selasa tadi yang berkisar tentang hubungan lelaki dan perempuan yang bukan mahram........

menurut Ustazah Salbiah, di dalam kitab 50 WASIAT RASULULLAH SAW UNTUK WANITA, terdapat kata-kata daripada seorang penulis wanita Inggeris yang bernama LADY COOK,,,,katanya dalam kitab tersebut yang berbunyi begini......

"pergaulan antara laki- laki dan wanita hanya menguntungkan kaum laki-laki. di samping itu, wanita selalu dikejaroleh kerakusan yang bertentangan dengan nalurinya. selagi pergaulan ini bebas, maka anak- anak hasil perzinaan juga akan senakin banyak. ini merupakan bencana yang besar bagi wanita"

*sahabat2 sekalian , perhatikan lah kata- kaat yang aku petik daripada kitab yang ditulis oleh dr yusuf al qardhawi nie........

semoga diri aku dan sahabat2 sekalian dapat mengambil input dan muhasabah diri untuk menjadikan diri kita ini sebagai seorang muslim yang sejati dengan menjauhi perkara mungkar iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan kerana keburukannya amat besar sekali.....

janganlah kita menyalahgunakan perasaan rindu ini kepada insan yang belum lagi layak untuk kita rindui.....

simpanlah rasa kerinduan itu apabila kita sudah tidak lagi mempunyai apa2 batasan syariah dengan nya iaitu dengan adanya ikatan akad nikah.....

bercinta dan bercouple selepas kahwin itu sangat nikmat apabila kita tahu untuk menghayatinya......

walaupun aku belum ada pengalaman,,
namun cukuplah aku kutip pengalaman itu dengan orang yang berada di sekeliling aku...
yang mana mempraktikkan budaya ini dalam hidup mereka....
sesungguhnya kehidupan secara bersyariat itu sangat indah dalam Islam sesuai dengan
ISLAM itu sendiri yang INDAH........

sampai disini saja mampu aku coretkan...
SEJUTA KEMAAFAN dipohon sekiranya ada insan yang terguris hati dengan apa yangditulis ini
kerana
hanya satu niat di hatiku iaitu

untuk memberi kesedaran kepada semua KHUSUSNYA diri aku yang masih belum sempurna dan masih terkapai -kapai mencari ilmu untuk melengkapkan diri aku kerana aku insan yang lemah yang sentiasa melakukan kesilapan dan sentiasa lalai dengan tanggungjawab aku sebagai seorang muslimah.....

salam sayang untuk semua....(",)....








0 comments: