BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, May 1, 2010

Go...Go...Go... Siantan Go....


29 APRIL 2010
HARI OLAHRAGA SUKAN TAHUNAN IPG KPM


Alhamdulillah,tahun nie, rumah sukan aku yang menang, iaitu rumah kuning, Sri SIANTAN. Terima kasih kepada peserta-peserta ( pelari, pelompat, dan lain lain) walaupun aku tak sertai suka tersebut, tetapi aku tetap memberi semangat kat diorang semua.... lagipun hari tu aku sibuk ckit coz aku jadi urusetia bagi kejohanan sukan tahunan nie.. aku tak bekesempatan pun untuk duduk kat rumah aku dan beri sokongan namun begitu, dari jauh dari bagi sokongan kat diorang semua.. syabas dan tahniah kat semua peserta yang menang... yang kalah jangan bersedih hati... anggap saja bukan rezeki anda untuk tahun nie.. boleh cuba lagi untuk tahun-tahun seterusnya....

dalam kegembiraan ada kesedihannya....
tapi sedihnya aku tiada kaitan ngan hari sukan tetapi adalah something yang aku rasa sangat terkilan. aku tak habis fikir kenapa ianya harus berlaku? adakah ianya salah aku kerana aku membiarkannya berlaku? namun, aku rasa ianya tidak harus kesalahan ini dipertanggungjawabkan ke atas bahu aku semata mata kerana aku rasa sentiasa berusaha berfikir macammana untuk mengatasinya...
setelah sekian lama aku meendamnya dengan harapan ada perubahan yang berlaku, namun kini aku merasakan penungguan ku menjadi sia sia sahaja kerana aku tidak nampak perubahan yang positif malahan perubahan yang negatif pula semakin menonjolkan..
aku tidak harapkan ini berlaku...
aku tidak ingin semua ini berterusan..
aku merasakan aku sudah penat untuk memikirkannya..
namun begitu, aku harus memikirkannya kerana aku tidak ingin diriku dipersoalkan nanati...
lagipun aku merasakan iannya satu tanggungjawab besar yang telah diamanahkan kepada diriku...
oleh sebab itu, aku tidak boleh memandang perkara ini tanpa berbuat apa-apa...
aku sayang kepadanya...
aku rindu padanya...
aku terlalu mencintainya..
aku ingin agar kami sama-sama dapat menegakkan yang benar..
aku ingin agar kami sama-sama berjuang ke arah yang benar..
namun begitu, aku sedari bahawa aku lemah ya Allah..
aku tiada kekuatan untuk melakukan ini semua tanpa pertolongan Mu ya Allah... bantulah aku ya Allah dalam mengharungi cobaan ini ya Allah..
Kau beri lah petunjuk padaku ya Allah
bagaimana harus aku hadapi semua ini y Allah...
aku mengharapkan agar semuanya kembali pada keadaan yang asal ya Allah...

aku tahu ya Allah,
aku bukan hambaMu yang sempurna,
aku tidak layak untuk membuat penilaian,
aku tidak layakuntuk menghakimi,
tetapi aku cuba untuk jadi yang terbaik

Kau dengarkanlah rintihan aku ini ya Allah,
hanya pada Mu tempat aku bergantung,
dan hanya padaMu tempat aku meminta pertolongan,
semoga diriku sentiasa mendapat rahmat dan hidayat dariMu,
dan sentiasalah pelihara aku dari semua perkara yang melalaikan dan memesongkan akidahku...
Amin3x..................

Kem Solat.......





26 April 2010...
ari nie aku gi sekolah (p) durian daun. sebelah je ngan maktab aku...
aku ke san dengan tujuan untuk tambahkan ilmu aku dan ingin berkongsi ilmu dengan adik-adik yang aku sayang...
kat sklh nie, ada satu kem solat. aku menggantikan seorang guru yang sepatutnya menjadi fasilitator untuk kem solat tu...
makanya, aku tekah mengambil alih menjadi fasi untuk kem solat tersebut...
berdebar aku coz nie kali pertama aku jadi fasi..
namun, aku anggapkannya sebagai satu cabaran dan satu semangat serta pendorong aku untuk terus melibatkan diri dalam usaha-usaha dakwah nie..
walaupun ianya hanya langkah dakwah yang kecil,aku harap ianya dapat menjadi medan buat diriku untuk melatih diri aku secara perlahan-lahan sebagai pendaei' agama.. insyaAllah...

untuk kem solat nie, aku kena handle 8 orang student. semuanya standard five.... kecil-kecil semua..tak sangka aku diorang adalh student standard 5...
walaupun ustazah diorang kenalkan aku sebagai ustazah Jamilah ( layak ke????? insya Allah ), namun aku lebih selesa diorang panggil aku cikgu Jamilah.... ( macam dah jadi cikgu je...he..he..he..)

untuk kem nie, aku dikehendaki untuk mengajar diorang tentang azan, iqamat dan doa qunut..nampak semua nie sebagai satu benda mudah, namun sukar untuk bagi sesiapa yang baru mempelajarinya...
bagi budak-budak yang aku handle, aku sedikit terkejut coz boleh dikatakan hanya seorang dua je dari lapan orang yang fasih tentang doa qunut ( bacaan lain Alhamdulillah lancar belaka kecuali seorang dua) berbanding ngan bebudak standard 4. bila aku soal siasat, dioarang kata tak ada orang yang nak ajar diorang..

aku tanya kat diorang. akak ngan abang tak ajar kew? diorang cakap diorang mana ada abang dan akak... kalu ada pun, semuanya buat hal sendiri... tapi yang membuatkan aku lagi sedih adalah bila aku tanya tentang mak ayah diorang...
diorang jawab, mak ayah kitaorang sibuklah cikgu, tak ada masa untuk ajar kitaorang... mereka sibuk ngan kerja diorang.. nak solat sama-sama pun susah cikgu...
aku jadi terkedu bila diorang cakap macam tu.... aku ingatkan semuan nie berlaku dalam alam fantasi jew, tetapi semuanya dah jadi realiti.....

alhamdulillah, sebelum selesai kem solat tersebut, aku pesan kat diorang supaya enhancekan bacaan diorang....

p/s: susah gak nak handle bebudak nie... suara diorang lebih kuat dari suara aku...tak tahu r macam mana nak praktikal nanti, semoga Allah mudahkan kerja aku........