BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, October 30, 2010

MUSIM EXAM TELAH PUN TIBA


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum WBT

Esok yakni 1 November 2010 merupakan hari pertama exam untuk semester 3 nie..
aku akan exam dari 1 hingga 15 November 2010...

hanya Tuhan yang tau gelora ati aku...
aku rasa berdebar... macam-macam yang aku fikirkan...
apakah soklan yang kluar,
susah atau pun tidak... and so on

namun, setiap sesuatu tu ada hikmahnya...
yang penting kita

DOA+USAHA+TAWAKAL

InsyaALLAH apa yang kita buat akan mendatangkan hasilnya...
namun kita tak boleh lepas dengan godaan syaitan..
kita tahu yang terdapat banyak dugaan dalam dunia ni sama ada kita sedar ataupun tidak...
semoga aku tidak lalai dihanyut godaan yang ada..
semoga aku ditetapkan iman dan semangat....

dalam aku membuat revision dan ulangkaji nie,
terdapat banyak ujian buat diri ku...
aku sentiasa diuji dengan penyakit malas, mengantuk dan lalai...
bila aku muhasabah diri, aku sepatutnya perlu mencari penyelesaian bagi masalah ini.

aku sepatutnya kena kuatkan semangat dan sentiasa ingat pada kesannya jika aku membuat sesuatu perkara.....

tetapi dalam aku mencari penyelesaian masalah kepada kelalaian yang aku hadapi,
aku mendapati bahawa aku mempunyai hobi dan minat yang baru...
semoga minat dan hobi terbaru aku ni memberi manfaat kepada ku...

ketika aku merasa bosan mengulang kaji, aku akan mengambil surat cinta aku dan membacanya...
aku rasa tenang dan aku suka membacanya sehingga aku menghafal setiap bait-bait kata=kata yang ada dalam surat cinta itu...
namun begitu, hanya bait-bait tertentu sahaja yang aku menghafalnya.....
jika aku mempunyai masa yang banyak, aku berkeinginan untuk menghafal lebih banyak bait-bait ayat-ayat cinta dalam surat cinta aku tu....
surat cinta tu adalah AL-QURAN

MasyaALLAH, semoga aku beristiqamah melakukannya....
INSYAALLAH...

akhir kata, tahniah buat sahabat2ku semua khususnya sahabat matematikku kerana telah berada di hujung semester 3....
dan esok merupakan ari untuk kita berjihad..
bukannya berjihad mengangkat pedang
ataupun berjihad melawan hawa nafsu...
namun berjihad menghadapi peperiksaan ...
yang juga merupakan satu jihad...

selamat berjuang sahabatku, semoga kita mendapat result yang baik, cemerlang yang diringi dengan barakah oleh ALLAH....

SEMOGA RAHMAT ALLAH SENTIASA BERSAMA DENGAN KITA. INSYAALLAH.......