BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, May 12, 2011

TAUBAT SEORANG HAMBA


Assalamualaikum WBT.....

semoga ALLAH limpahkan kerahmatanNya kepada kita semua....

Alhamdulillah kerana dengan limpah nikmat dan kurniaNYA ,,,,

kita masih lagi dapat bernafas di muka bumi Allah ini sebagai khalifah dan juga hambaNYA...

Semoga kita dipanjangkan UMUR oleh Allah supaya kita berkesempatan untuk menanbahkan

AMAL dan IMAN kita...insyALLAH...

ingin aku kongsikan ilmu yang aku dapat ketika kuliah maghrib yang disampaikan oleh

penceramah jemputan iaitu

USTAZ ASRI BIN ABDULLAH

dari Kolej Matrikulasi Melaka...

p/s : mengingatkan aku kepada arwah ustaz asri kumpulan Rabbani bila first time dengar nama ustaz nie...mai pakat sedekahkan AL-FATIHAH....

walaupun masa yang diperuntukkan kepada ustaz Asri untuk memberi ceramah adalah suntuk

TAPI

bagiaku ianya adalah satu anugerah kerana banyak sangat ilmu yang aku dapat cedok dari ustaz yang dah beristeri satu dan mempunyai empat orang anak nie...

CARA PENYAMPAIANNYA YANG LUCU

dan juga

ISI KANDUNGANNYA yang mant0p

membuatkan aku terfikir.....

adakah aku telah menjadi seorang muslim yang sempurna dari segala aspek???

aku rasa TIDAK....

KENAPA???

kerana aku belum lagi mempersiapkan diri sepenuhnya dengan ilmu2 ALLAH....

BILAMANA USTAZ berkata....

"Adik2,,,kalu adik2 ada masalah,,,adik2 mintaklah dengan ALLAH....ALLAH tu maha penyayang dik......mintaklah banyak2 kat ALLAH......"

apa reaksi aku???

ya ALLAH,,,,,sebak di dada ku ya ALLAH bilamana ustaz berkata begitu....

menitis air mata ku keharuan bilamana mengenangkan kembali apa yang aku telah lakukan....

tidak kunafikan,,,,,kita semua sentiasa berdoa kepada Allah bilamana kita ditimpa musibah...namun betulkah kita berdoa????

JAWAPAN USTAZ : Apa yang dilakukan kita sekarang adalah kita hanya membaca doa,,,bukannya berdoa....

DOA ynag sempurna adalah doa dimana apabila kita membacanya, kita meminta dengan jiwa kita sehingga menitis air mata keinsafan kita...

masyaALLAH,,,


YA ALLAH

ampunilah aku sekiranya selama ini aku membelakangkan MU

di saat aku memerlukan pertolongan dengan mendahulukan sahabat2ku yang hanay mampu mendengar....

YA ALLAH

ampunilah aku sekiranya ENGKAU bukan menjadi yang pertama mendengar keluhan masalah yang aku hadapi kerana

aku memilih untuk bercerita kepada orang lain....

YA ALLAH

ampunilah aku tatkala aku melupakan kehadiranMU disisi ku...

YA ALLAH

aku benar2 ingin berubah

ENGKAU bantulah aku dengan kuatkan keimanan dan ketaqwaanku

YA ALLAH

berilah aku kesempatan untuk berubah

dan juga baiki kelemahan dan kesilapan yang telah aku buat...

YA ALLAH

andai satu saat nanti,,,aku kembali melupakan MU...

berikanlah aku petunjuk bahawa aku telah tersasar dijalanMU

agar aku boleh berpatah kembali...

YA ALLAH ...

dengarlah rintihan DOA ku ini...










0 comments: