BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 1, 2010

OWH BILIK!!!!!!


Assalamualaikum semua....

semalam yakni 31 Oktober 2010....
aku telah menjalani satu undian besar...

nak tau undian apa?????

undian bilik untuk semester depan bagi tahun 2011.....

Alhamdulillah kerana undian berjalan dengan lancarnya...

bagi permulaannya aku nak ceritakan dari awal....

pada satu assembly aku diberitahu yang rombakan bilik akan berlaku....
aku sebenarnya dah tau sebelum makluman itu lagi namun aku rasa excited sebab sepanjang aku menginap si asrama IPG KPMM nie, aku tak pernah tukar bilik...

tapi yang best nyer kami diberipeluang untuk memilih roomate dengan syarat bilik akan diundi...

then, aku telah berbincang dengan roomate lamer aku...
dan hasilnya kami tetap beroomate bersama....
aku tak kisah duk ngan sape-sape pun... dan mak aku pun suke aku duk ngan roomete lama coz senang ckit...
lagipun kami takde masalah sepanjang kami hidup bersama...he.he.he...

memang adaa niat untuk beroomate dengan budak yang bukan satu unit,...
tapi bila aku fikir2, timbang2, congak2 dll,
ada kelebihan dan kekurangan dlaam setiap tindakan yang aku ambik...
aku pun bahagia dengan keputusan aku sekarang..

walaupun akak aku tak berapa berkenan dengan aku yang pilih roomate sama unit kerana baginya aku tak akan berkembang,,,,
tapi bagi aku, aku akan cuba untuk mengembangkan diriku dengan cara yan lain...
aku juz bimbang kalu2 aku duk bdk unit lain,,,,
bukannya aku berkembang dari segi idea dan sosial,
takut2 berkembang dari segi msalah...
nauzubillah......

then, aku teringat plop kata2 kak hasmira sehari sebelom hari pengundian bilik dekat BISA waktu Maghrib....
lebih kurang macam nie r dye cakap....

" kadang2 apa yang kita fikir baik untuk diri kita x semestinya baik untuk kita, dan
kadang2 apa yang kita fikir tidak baik untuk diri kita tak semestinya tak baik untuk kita"
-kita hanya merancang tapi Allah yang tentukan..... ( nie kata2 dari aku..he..he..he..)

kemudian, tiba lah saat pengundian bilik....

sebelom tu lupa nak bagitau yang aku nak bilik besar kalaulah ada rezeki tapi roomate aku nak bilik kecil........

masa nak cabut undi tu, punyer la berdebar.....
kalu boleh aku nak elakkan daripada dapat bilik tingkat 3 dan blok laiin...
bukan per, susah sangat nak pindah..
barang banyak..

then, dengan lafaz Bismillah, aku cabut undi tu ( roomate aku suruh aku cabut undi bilik tu )
then no yang kitaorang dapat adalah B215.......
then, kami congak2, kira2 dan akhirnya mendapati bahawa bilik tu adalah bilik BESAR.....
wah gembirannya aku dapat bilik besar...
bukan per, sebenarnya barang aku banyakkkkk
banyak dengan apa ek?????
banyak dengan fail....
aku tak tau nak sumbat kat ne fail2 nie semua...

kasihan kat roomate aku coz ye nak bilik kecil sebab dye takut bilik2 yang besar ngat....
tapi takpelah yerk... dah rezeki kita dapat bilik besar...

ramai kawan2 aku yang frust sebab tak dapat bilik besar....
aku nie Alhamdulilah la kerna dapat....
sahabat2 semua, bersabar erk...
bukan pe, sekarang giliran kami dapt rezeki dari ALLA, lain kali korang plop especially kat amal ngan fatin...

tahniah sebab korang jadi teman comparkment kitaorang walaupun korang dapat bilik kecik...
tak sabar nak jadi jiran korang...

papepun, akhir kata, aku ada satu ingataan buat kita semua....

banyakkan sedekah terutamanya pada diri sendiri...
macam mana sedekah pada diri sendiri ek....
sedekahkan diri kita dengan

1- solat sunat
2- baca quran
3- berwirid....

oleh itu, saya menyeru diri saya dan diri sahabat semua untuk melakukan amalan ini...
semoga kita berada dalam rahmatNYA selalu....Amin...

Assalamualaikum semua....


hari nie hari first exam....
fuh, exam BI gitu....

Alhamdullilah secara overalllnyer aku dapat menjawabnya, cuma...
ada satu dua tu aku confuse ckit..

then ada gak a ku tersalah buat format...
moga2 tc ok dgn nyer...huk..huk...

apa pun, esok hari kedua untuk aku siap sedia berperang dengan mata pena....
esok paper BM....

skunk aku sedang mengulang kaji subjek BM....
tapi ujian dari Allah menimpa aku...
selepas aku balik dari menduduki exam BI,
aku rasa kurang ckit+sakit kepala...
mungkin sebab aku pose kot arini...

ckap pasal pose, aku berazam nak pose bagi setiap hari yang ada exam.....
mula-mula aku pose kerana niat pose sunat sekaligus aku dapat jimat duit,
namun aku rasa suka plop pose....
aku tak merasakan ianya satu halangan buat diri aku walaupun skunk nie musim exam...

tidak dinafikan yang aku nie mudah pening kepala kalu pose...
tapi sekarang aku rasa nikmatnya sebab sakit tu hanya sementara...
dan aku dapat rasa hikmah bersabar tu...
ya ALLAH, indahnya berpose......

owh, sebelum aku terlupa,
semalam aku ada mendengar radio IKIM
dan aku ada dapat satu kata-kata Nabi Muhammad SAW yang berbunyi....

" tidak lurus keimanan seseorang
sehingga lurus hatinya."

" tidak lurus hatinya
sehinggga lurus lidahnya."

sama-sama kita fikirkan apa maksudnya kata-kata Baginda ini.......

satu lagi ilmu yang aku nak kongsikan disini .....
hari rabu yang lepas, aku menghadiri usrah...
naqibah aku adalah kak fi yang sangat ku kagumi...
dia berkongsi satu ilmu iaitu...

kalu kita beroa ataupun saat kita berdoa,
jangan lupa untuk berselawat ke atas junjungan besar Nabi MUHAMMAD SAW
kerana tanpa selawat keatas Baginda, doa kita tidak akan sempurna dan lengkap.....

Saturday, October 30, 2010

MUSIM EXAM TELAH PUN TIBA


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum WBT

Esok yakni 1 November 2010 merupakan hari pertama exam untuk semester 3 nie..
aku akan exam dari 1 hingga 15 November 2010...

hanya Tuhan yang tau gelora ati aku...
aku rasa berdebar... macam-macam yang aku fikirkan...
apakah soklan yang kluar,
susah atau pun tidak... and so on

namun, setiap sesuatu tu ada hikmahnya...
yang penting kita

DOA+USAHA+TAWAKAL

InsyaALLAH apa yang kita buat akan mendatangkan hasilnya...
namun kita tak boleh lepas dengan godaan syaitan..
kita tahu yang terdapat banyak dugaan dalam dunia ni sama ada kita sedar ataupun tidak...
semoga aku tidak lalai dihanyut godaan yang ada..
semoga aku ditetapkan iman dan semangat....

dalam aku membuat revision dan ulangkaji nie,
terdapat banyak ujian buat diri ku...
aku sentiasa diuji dengan penyakit malas, mengantuk dan lalai...
bila aku muhasabah diri, aku sepatutnya perlu mencari penyelesaian bagi masalah ini.

aku sepatutnya kena kuatkan semangat dan sentiasa ingat pada kesannya jika aku membuat sesuatu perkara.....

tetapi dalam aku mencari penyelesaian masalah kepada kelalaian yang aku hadapi,
aku mendapati bahawa aku mempunyai hobi dan minat yang baru...
semoga minat dan hobi terbaru aku ni memberi manfaat kepada ku...

ketika aku merasa bosan mengulang kaji, aku akan mengambil surat cinta aku dan membacanya...
aku rasa tenang dan aku suka membacanya sehingga aku menghafal setiap bait-bait kata=kata yang ada dalam surat cinta itu...
namun begitu, hanya bait-bait tertentu sahaja yang aku menghafalnya.....
jika aku mempunyai masa yang banyak, aku berkeinginan untuk menghafal lebih banyak bait-bait ayat-ayat cinta dalam surat cinta aku tu....
surat cinta tu adalah AL-QURAN

MasyaALLAH, semoga aku beristiqamah melakukannya....
INSYAALLAH...

akhir kata, tahniah buat sahabat2ku semua khususnya sahabat matematikku kerana telah berada di hujung semester 3....
dan esok merupakan ari untuk kita berjihad..
bukannya berjihad mengangkat pedang
ataupun berjihad melawan hawa nafsu...
namun berjihad menghadapi peperiksaan ...
yang juga merupakan satu jihad...

selamat berjuang sahabatku, semoga kita mendapat result yang baik, cemerlang yang diringi dengan barakah oleh ALLAH....

SEMOGA RAHMAT ALLAH SENTIASA BERSAMA DENGAN KITA. INSYAALLAH.......

Tuesday, August 10, 2010

maths night....

bismillahhirrahmanirrahim....

maaf coz dah lama aku x update blog ni coz banyak kekangan yang timbul......
tp kekangan tu semua buat aku tahu erti kesabaran ......

alhamdulillah coz aku dan clasmate dah berjaya menguruskan satu majlis makan malam tradisi bg budak matematik kat hotel seri costa, melaka......

masyaALLAH, hanya tuhan yang tahu tentang kesulitan dan kesukaran yang kami hadapi dalam mengurusakan majlis nie....

kitaorang hdapi bayak masalah, kerenah ddan bermacam dugaaan dari pelbagai pihek....
namun, alhamdulliah coz setiap yang kami hadapi tu dapat kami cari jalan penyelesaiannya........

aku selaku pengerusi majlis tu merangkap KU rasa sangat berterima kasih kat semua clasmate yang memag bagi sokongan dan bantuan kat aku yang x pernah uruskan majlis.....

masa dalam proses perbincangan tentang majlis tu, banyak prosedur yang kami hadapi dan bayak perkara yang kami perlu consider.......

tambah pening ag dengan sikap dan kerenah org2 tertentu......

bila dah sampai ari majlis plop, ada ag masalah yang timbul bahkan selepas majlis pun ada masalah yang timbul...

aku anggap semua tu macam ujian........

tapi aku x faham apa rasionainya timbul masalah ini semua....

ok..takpe la...setakat ni saje yang sempat aku katakan....

sebelum aku terlupa

SELAMAT BERPOSE, BERSAHUR & BERBUKA.....
SELAMAT MENYAMBUT 1 RAMADAHN

Wednesday, June 16, 2010

cuti akhir sem dah bermula...yeah!!!!!!!!!

alhamdulillah coz aku dah berjaya mengharungi sem 2 dengan jayanya....
aku telah habis exam dan akan start bercuti sehingga 28 jun 2009...
skunk aku hanya perlu bercuti sambil memikirkan tentang result pereksa yang akan keluar nanti...
mudah mudahan aku dapat result yang baik... aku harap aku lulus semua dan tak perlu repeat paper...
aku tak nak repeat paper,...hwa..hwa..
usaha yang aku skunk adalah berdoa dan berdoa serta bertawakal pada Allah saje la...
semoga aku dan semua kawan aku berjaya dalam exam akhir sem 2 baru nie dan dapat melanjutkannya untuk sem 3 lagi.....

tapi, untuk sem 3 nanti aku akan jadi KU (Ketua Unit)....
aku harap aku dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai KU dngan sebaik mungkin dan jayanya...
aku juga harap aku dapat melakukannya sejaya KU yang sebelum nie....
semoga sahabat1 aku memberi kerjasama dan komitmen yang baik kepada aku....
insyaAllah, aku juga akan berusaha untuk memenuhi tuntutan semua sahabatku.....
walaupun aku tidak layak untuk menjadi pemimpin, akan aku jadikan pengalaman ini semua sebagai bekalan untuk aku di masa akan datang......

ya Allah, semoga kau sentiasa berada bersamaku dan sentiasa memudahkan pekerjaan ku...
aku cuma harap sahabat2ku dapat beri komitmen pada aku kerana sesungguhnya sesiapa yang memudahkan kerja orang, Allah akan memudahkan kerja kita tetapi sekiranya kita menyukarkan kerja orang, maka kita akan dapat balasan yang sama...

wallahu'alam.....

Saturday, May 1, 2010

Go...Go...Go... Siantan Go....


29 APRIL 2010
HARI OLAHRAGA SUKAN TAHUNAN IPG KPM


Alhamdulillah,tahun nie, rumah sukan aku yang menang, iaitu rumah kuning, Sri SIANTAN. Terima kasih kepada peserta-peserta ( pelari, pelompat, dan lain lain) walaupun aku tak sertai suka tersebut, tetapi aku tetap memberi semangat kat diorang semua.... lagipun hari tu aku sibuk ckit coz aku jadi urusetia bagi kejohanan sukan tahunan nie.. aku tak bekesempatan pun untuk duduk kat rumah aku dan beri sokongan namun begitu, dari jauh dari bagi sokongan kat diorang semua.. syabas dan tahniah kat semua peserta yang menang... yang kalah jangan bersedih hati... anggap saja bukan rezeki anda untuk tahun nie.. boleh cuba lagi untuk tahun-tahun seterusnya....

dalam kegembiraan ada kesedihannya....
tapi sedihnya aku tiada kaitan ngan hari sukan tetapi adalah something yang aku rasa sangat terkilan. aku tak habis fikir kenapa ianya harus berlaku? adakah ianya salah aku kerana aku membiarkannya berlaku? namun, aku rasa ianya tidak harus kesalahan ini dipertanggungjawabkan ke atas bahu aku semata mata kerana aku rasa sentiasa berusaha berfikir macammana untuk mengatasinya...
setelah sekian lama aku meendamnya dengan harapan ada perubahan yang berlaku, namun kini aku merasakan penungguan ku menjadi sia sia sahaja kerana aku tidak nampak perubahan yang positif malahan perubahan yang negatif pula semakin menonjolkan..
aku tidak harapkan ini berlaku...
aku tidak ingin semua ini berterusan..
aku merasakan aku sudah penat untuk memikirkannya..
namun begitu, aku harus memikirkannya kerana aku tidak ingin diriku dipersoalkan nanati...
lagipun aku merasakan iannya satu tanggungjawab besar yang telah diamanahkan kepada diriku...
oleh sebab itu, aku tidak boleh memandang perkara ini tanpa berbuat apa-apa...
aku sayang kepadanya...
aku rindu padanya...
aku terlalu mencintainya..
aku ingin agar kami sama-sama dapat menegakkan yang benar..
aku ingin agar kami sama-sama berjuang ke arah yang benar..
namun begitu, aku sedari bahawa aku lemah ya Allah..
aku tiada kekuatan untuk melakukan ini semua tanpa pertolongan Mu ya Allah... bantulah aku ya Allah dalam mengharungi cobaan ini ya Allah..
Kau beri lah petunjuk padaku ya Allah
bagaimana harus aku hadapi semua ini y Allah...
aku mengharapkan agar semuanya kembali pada keadaan yang asal ya Allah...

aku tahu ya Allah,
aku bukan hambaMu yang sempurna,
aku tidak layak untuk membuat penilaian,
aku tidak layakuntuk menghakimi,
tetapi aku cuba untuk jadi yang terbaik

Kau dengarkanlah rintihan aku ini ya Allah,
hanya pada Mu tempat aku bergantung,
dan hanya padaMu tempat aku meminta pertolongan,
semoga diriku sentiasa mendapat rahmat dan hidayat dariMu,
dan sentiasalah pelihara aku dari semua perkara yang melalaikan dan memesongkan akidahku...
Amin3x..................

Kem Solat.......





26 April 2010...
ari nie aku gi sekolah (p) durian daun. sebelah je ngan maktab aku...
aku ke san dengan tujuan untuk tambahkan ilmu aku dan ingin berkongsi ilmu dengan adik-adik yang aku sayang...
kat sklh nie, ada satu kem solat. aku menggantikan seorang guru yang sepatutnya menjadi fasilitator untuk kem solat tu...
makanya, aku tekah mengambil alih menjadi fasi untuk kem solat tersebut...
berdebar aku coz nie kali pertama aku jadi fasi..
namun, aku anggapkannya sebagai satu cabaran dan satu semangat serta pendorong aku untuk terus melibatkan diri dalam usaha-usaha dakwah nie..
walaupun ianya hanya langkah dakwah yang kecil,aku harap ianya dapat menjadi medan buat diriku untuk melatih diri aku secara perlahan-lahan sebagai pendaei' agama.. insyaAllah...

untuk kem solat nie, aku kena handle 8 orang student. semuanya standard five.... kecil-kecil semua..tak sangka aku diorang adalh student standard 5...
walaupun ustazah diorang kenalkan aku sebagai ustazah Jamilah ( layak ke????? insya Allah ), namun aku lebih selesa diorang panggil aku cikgu Jamilah.... ( macam dah jadi cikgu je...he..he..he..)

untuk kem nie, aku dikehendaki untuk mengajar diorang tentang azan, iqamat dan doa qunut..nampak semua nie sebagai satu benda mudah, namun sukar untuk bagi sesiapa yang baru mempelajarinya...
bagi budak-budak yang aku handle, aku sedikit terkejut coz boleh dikatakan hanya seorang dua je dari lapan orang yang fasih tentang doa qunut ( bacaan lain Alhamdulillah lancar belaka kecuali seorang dua) berbanding ngan bebudak standard 4. bila aku soal siasat, dioarang kata tak ada orang yang nak ajar diorang..

aku tanya kat diorang. akak ngan abang tak ajar kew? diorang cakap diorang mana ada abang dan akak... kalu ada pun, semuanya buat hal sendiri... tapi yang membuatkan aku lagi sedih adalah bila aku tanya tentang mak ayah diorang...
diorang jawab, mak ayah kitaorang sibuklah cikgu, tak ada masa untuk ajar kitaorang... mereka sibuk ngan kerja diorang.. nak solat sama-sama pun susah cikgu...
aku jadi terkedu bila diorang cakap macam tu.... aku ingatkan semuan nie berlaku dalam alam fantasi jew, tetapi semuanya dah jadi realiti.....

alhamdulillah, sebelum selesai kem solat tersebut, aku pesan kat diorang supaya enhancekan bacaan diorang....

p/s: susah gak nak handle bebudak nie... suara diorang lebih kuat dari suara aku...tak tahu r macam mana nak praktikal nanti, semoga Allah mudahkan kerja aku........